Monday, 16 December 2013

PERLIS HARAMKAN DAUN KETUM.

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Alhamdulillah agak lama tidak ada posting baru hari ini berpeluang. Berbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah dadah di negara kita. Dalam usaha yang terbaru kerajaan negri Perlis telah mengharamkan penggunaan daun ketum. Perlis adalah negeri pertama yang mengambil langkah sedemikian. Kesan penyalahgunaan daun ketum boleh memudaratkan penggunanya. Diharap langkah nyang diambil oleh negeri Perlis akan dicontohi oleh negeri-negeri lain dalam menangani penyalahgunaan daum ketrum yang semakin berleluasa de kalangan rakyat di negara ini. Tidak dinafikan secara tradisi daun ketum boleh dijadikan ubat tetapi kesan penyalahgunaannya lebih berisiko.
Nama saintifik : Mitragyna speciosa korth.
Daun ketum juga dikenali dengan nama pokok Biak.
Kesan Penyalahgunaan : (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ketum)
Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

Monday, 22 July 2013

SHISHA HARAAM..

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga Madrasah ramadhan melahirkan kita sebagai insan yang bertaqwa dan beriman. Amin.


Umum telah mengetahui bahawa penggunaan shisha boleh membahayakan kesihatan dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan penggunaan shisha amatlah bertepatan memandangkan kesan atau impak yang tidak baik kepada penggunanya.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.

Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:
Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :




“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.



Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;




“ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.



Sabda Rasulullah s.a.w :




“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)



Kaedah Usul Fiqh:


سد الذريعة - iaitu “Menutup pintu kerosakkan”


درء المفاسد مقدم على جلب المصالح – iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.

...http://www.e-fatwa.gov.my/

Thursday, 4 July 2013

BAHAYA SHISHA.

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Masalah merokok bukan mudah untuk dibanteras khususnya di kalangan pelajar sekolah. Berbagai langkah telah diamabil oleh pihak sekolah dalam menangani hal ini. Namun kerjasama semua pihak lebih diperlukan dalam usaha menangani hal ini. Sekolah terikat dengan peraturannya dan tindakan diluar lebih kepada komuniti setempat.
Pada masa ini timbul pula masalah menghisap shisha. Shisha juga tidak baik untuk kesihatan dan penggunaan semakin meluas.

"Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa penjualan dan penggunaan shisha adalah haram kerana bahan itu didapati lebih berbahaya terhadap kesihatan berbanding menghisap rokok."( Harian Metro -28/6/2013 ).

  .










Sunday, 23 June 2013

PENYAMPAIAN HADIAH MELUKIS POSTER DAN SILANGKATA PPDa.







Assalamualaikum dan Salam 1M.
Tahniah dan terima kasih kepada  semua yang menjayakan aktiviti melukis dan silangkata PPDa 2013.

Tuesday, 21 May 2013

JAUHI DARIH

Assalamualaikum dan Salam 1 M.


Dalam usaha mencegah  ,pendedahan kepada murid tentang bahaya dadah amat jelas maklumat  mengenai DARIH perlu disampaikan bagi  merealisasikan Negara Bebas Dadah menjelang 2015. Kesedaran murid terhadap bahaya dadah bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh.  DARIH  merupakan komponen yang perlu disampaikan kepada semua murid.D- Dadah, A-Arak/Alkohol, R-Rokok, I- Inhalan dan H- Hi


INHALAN




Thursday, 16 May 2013

MINGGU ANTIDADAH 2013.

Assalamualaikum dan Salam 1  Malaysia.

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Minggu Antidadah pada 15 - 19 April 2013.
Sepanjang minggu ini diadakan aktiviti seperti melukis poster, kuiz spontan, silangkata merokok  dan mesej bahaya dadah di perhimpunan kokurikulum .
Terima kasih juga kepada AADK  Bentong yang mengadakan ujian urin dalam minggu tersebut.







Monday, 28 January 2013

Rokok dan e-rokok pula?

Assalamaulaikum dan Salam 1 Malaysia.

Apa khabar khususnya warga sekolah ? Selamat melmulakan tahun baru dengan azam dan tekad yang kuat bagi menghadapi perjalanan hidup di tahun yang baru.  Dalam usaha untuk mengekang aktiviti merokok nampaknya cabaran lebih getir dengan adanya rokok ellektronik pula. Semua pihak khususnya di sekolah perlu memainkan peranan dalam membanteras kegiatan merokok di kalangan pelajar.
Usaha Unit PPDa sekolah dan jabatan mahupun kementerian dapat membantu menyerap perbuatan yang tidak sihat ini.